โ† balik ke panduan percuma

Quickstart: Hermes Agent dalam 5 Minit

Dari kosong sampai chat pertama. Tiada kad kredit, tiada coding.


Langkah 1: Install (1 minit)

Buka Terminal:

  • Windows: tekan Win, taip PowerShell, buka
  • Mac: tekan Cmd + Space, taip Terminal, buka
  • Linux: tekan Ctrl + Alt + T

Tampal satu baris ini dan tekan Enter:

Linux / Mac:

curl -fsSL https://hermes-agent.nousresearch.com/install.sh | bash

Windows (PowerShell):

iex (irm https://hermes-agent.nousresearch.com/install.ps1)

Biar dia jalan. Bila siap, tutup dan buka semula terminal (supaya arahan hermes dikenali).


Langkah 2: Setup (2 minit)

Taip:

hermes setup

Wizard akan tanya beberapa soalan:

  1. Nak guna model apa? Pilih DeepSeek (murah dan power) atau mana-mana yang anda ada akaun
  2. API key? Kalau guna DeepSeek, pergi https://platform.deepseek.com, daftar, buat API key, tampal
  3. Tools? Biarkan default (semua hidup). Ni yang bagi Hermes kuasa buka browser, run code, edit fail

Lepas setup, semak semuanya ok:

hermes doctor

Kalau hijau, anda sedia. Kalau merah, baca mesej tu dan ikut (biasanya pasal API key atau sambungan internet).


Langkah 3: Chat pertama (1 minit)

Taip:

hermes

Anda akan masuk mode chat. Cuba tanya benda mudah:

Halo, siapa nama model kamu? Tolong buat ringkasan 3 ayat tentang apa itu Hermes Agent.

Bila dia jawab, anda dah guna agent. Bukan chatbot biasa.

Sekarang cuba satu kerja sebenar. Contoh:

Tulis 5 idea content untuk [bisnes anda], dalam bahasa Melayu santai. Senaraikan je.

Keluar dari chat: taip /quit atau tekan Ctrl + D.


Langkah 4: Sambung Telegram (opsional, 2 minit)

Ni yang buat anda boleh suruh Hermes dari telefon, tak payah buka laptop.

hermes gateway setup

Pilih Telegram. Ikut arahan:

  1. Buka Telegram, cari @BotFather
  2. Hantar /newbot, ikut arahan, dapat token (macam 123456:ABC...)
  3. Tampal token tu ke dalam wizard

Lepas siap:

hermes gateway start

Sekarang buka Telegram, cari bot anda, hantar mesej. Dia akan jawab. Anda boleh suruh dia buat kerja dari sana.

Nota: kali pertama bot hantar mesej, dia akan minta kebenaran anda (approve). Itu normal, tekan approve.


Langkah 5: 3 kesilapan newbie (baca ni, jimat 1 jam)

1. Tutup terminal, agent hilang? Tak hilang. Dia hidup dalam terminal tu. Kalau anda nak dia kerja 24/7, anda perlukan VPS (komputer sewa, lebih kurang RM25 sebulan). Untuk belajar, laptop cukup.

2. Suruh dia buat terlalu banyak dalam satu ayat? Pecahkan. Mulakan dengan satu kerja kecil, semak hasil, lepas tu bagi kerja seterusnya. Macam ajar pekerja baru, jangan campak semua kerja sekali.

3. Tak semak hasil penting? Kalau dia buat benda penting (hantar emel, bayar, edit fail kritikal), SEMAK dulu. Hermes memang suruh anda approve arahan berbahaya. Guna peluang tu untuk baca apa dia nak buat sebelum benarkan.


Kalau tersekat

  • Dokumentasi rasmi: https://hermes-agent.nousresearch.com/docs
  • Semak setup: hermes doctor
  • Lihat status: hermes status

Selepas quickstart

Anda dah boleh guna Hermes. Untuk kerja yang lebih power, ada laluan upgrade:

  • RM29: Skill/Setup Pack (4 skill automasi siap pasang + panduan setup + bank prompt)
  • RM99: Bundle Penuh (semua modul, nilai terbaik)
  • Datang kemudian: Servis setup & coaching 1-1

Tapi step seterusnya yang paling penting: guna 1 hari, buat kerja kecil-kecil. Esok anda akan nampak mana yang layak automatik.


Fail ini sebahagian daripada pakej Hermes For Dummies. Kandungan bebas untuk dikongsi.

Dah habis baca? tengok pakej atau tanya aku di Telegram.