โ† balik ke panduan percuma

Panduan Newbie: Hermes Agent dari Kosong

Start Here. Kalau anda tak pernah guna AI agent, mula baca sini.


Apa benda Hermes Agent ni?

Bayangkan anda ada pembantu peribadi yang:

  • Dengar arahan anda dalam bahasa biasa, macam chat dengan kawan
  • Boleh BUKA komputer, jalan kan program, baca fail, cari maklumat di internet
  • Ingat semua pasal anda dan bisnes anda
  • Belajar dari kerja dia. Kali pertama ajar, kali kedua dia dah pandai sendiri
  • Boleh kerja 24 jam sehari kalau anda letak dia atas VPS (komputer sewa yang tak pernah mati)

Itu Hermes Agent. Satu AI agent percuma (open source) dari Nous Research, sebuah syarikat penyelidikan AI.

Bezakan dulu: Chatbot vs Agent

Ini penting, sebab 90% orang tersilap faham.

Chatbot (ChatGPT, Claude, Gemini biasa): - Anda tanya, dia jawab - Setiap sesi baru, dia lupa semua - Dia TAK boleh buka browser, TAK boleh run code, TAK boleh edit fail - Dia cuma "bercakap"

Agent (Hermes): - Anda cakap nak apa, dia BUAT - Contoh: "Tarik semua order WhatsApp aku hari ni, masuk Google Sheet, kira untung" - Dia betul-betul buka tools, buat kerja, dan hantar hasil - Dia ingat anda. Minggu depan dia masih tahu bisnes anda

Macam beza antara orang yang tunjuk jalan dengan orang yang hantar barang sampai depan pintu.


Apa dia boleh buat untuk kerja harian anda?

Empat bidang paling biasa orang guna:

1. Content Anda: "Buat 30 idea content niche parenting, jadual ke Instagram dan Threads untuk sebulan." Dia: draft, jadual, hantar ikut masa yang anda set.

2. Research Anda: "Cari 5 pesaing jualan daging salai, apa harga mereka, apa yang customer puji dan komplen." Dia: buka browser, cari, baca, buat ringkasan, simpan ke fail.

3. Outreach Anda: "Tulis DM untuk 20 kedai runcit, tawarkan bekalan borong daging salai." Dia: draft mesej ikut nada anda, senaraikan siapa nak hantar, anda semak dan hantar.

4. Ops (kerja harian) Anda: "Setiap pagi 8AM, check order masuk semalam, kira untung, hantar report ke Telegram aku." Dia: buat sendiri setiap hari. Anda tak perlu buka apa-apa.


Berapa kos sebenar?

Jujur, sebab ramai orang tipu pasal ni.

Perkara Kos Nota
Hermes Agent sendiri PERCUMA Open source, tiada bayaran lesen
Model AI (DeepSeek, dll) RM10-RM15 sebulan guna biasa DeepSeek Flash sangat murah. Top up RM20 boleh tahan lama
VPS (kalau nak 24/7) Lebih kurang RM25 sebulan Macam sewa pekerja yang tak pernah cuti. Tak wajib untuk mula
Laptop sendiri Tiada kos tambahan Boleh mula terus, cuma dia kerja bila laptop hidup

Jumlah paling murah nak mula: RM0. Guna laptop + DeepSeek free tier/percubaan.

Bila anda dah yakin, upgrade ke VPS supaya dia kerja walaupun anda tutup laptop.


Apa dia TAK boleh buat (jujur)

  • Tak boleh sentuh benda fizikal. Dia tak boleh bungkus daging salai anda
  • Perlu arahan yang jelas. Macam pekerja baru, makin jelas anda cakap, makin elok hasil
  • Kadang-kadang silap. Bila dia buat benda penting, anda SEMAK dulu. Macam pekerja baru juga
  • Tak boleh guna tools yang tak anda beri akses. Dia guna apa yang anda sambungkan

Ini bukan kelemahan. Ini cara bekerja dengan mana-mana assistant yang betul.


Apa anda perlu untuk mula?

  1. Laptop atau komputer (Windows, Mac, atau Linux). Telefon tak cukup untuk setup
  2. Sambungan internet yang stabil
  3. 10 minit masa untuk install
  4. Satu akaun model AI. Paling senang: DeepSeek (murah, power) atau mana-mana yang anda dah ada

Itu sahaja. Tak perlu reti coding. Semua arahan ada dalam Quickstart, siap salin dan tampal.


Apa seterusnya?

Buka fail quickstart.md (fail seterusnya dalam folder ini).

Di situ ada 5 langkah: install, setup, chat pertama, sambung Telegram, dan cara elak 3 kesilapan newbie paling biasa.

Selepas tu, kalau anda nak pergi lebih jauh, ada laluan upgrade:

  • RM29: Skill/Setup Pack (siap pasang, 4 skill automasi + panduan setup + bank prompt)
  • RM99: Bundle Penuh (semua modul, nilai terbaik)
  • Datang kemudian: Servis setup & coaching 1-1 (kami setupkan untuk anda)

Tapi jangan fikir pasal beli dulu. Baca quickstart, jalan dulu. Percuma, dan anda nampak sendiri sama ada ia sesuai untuk kerja anda.


Glosari ringkas (untuk rujukan)

Istilah Makna
Agent AI yang boleh guna tools dan buat kerja, bukan sekadar bercakap
Prompt Arahan yang anda taip. Macam pesanan dalam kedai
Model "Otak" AI. DeepSeek, Claude, GPT semua model. Hermes boleh tukar sesuka hati
VPS Komputer sewa atas internet yang hidup 24 jam. Macam kilang kecil untuk agent anda
Gateway Penyambung. Membolehkan anda chat dengan Hermes dari Telegram/WhatsApp
Cron Jadual. Suruh Hermes buat kerja setiap pagi, setiap jam, ikut masa yang anda set
Skill Pengetahuan kerja yang disimpan. Ajar sekali, dia ingat selamanya
Memory Ingatan jangka panjang. Dia ingat anda, bisnes anda, dan cara anda suka bekerja

Fail ini adalah sebahagian daripada pakej Hermes For Dummies. Kandungan bebas untuk dikongsi. Hermes Agent ialah projek Nous Research; panduan ini tidak diendors oleh Nous Research.

Dah habis baca? tengok pakej atau tanya aku di Telegram.